MAQASID AL-SUNNAH SEBAGAI KONSEP WASATIYYAH DAN SEIMBANG DALAM MEMAHAMI HADIS NABI SAW
Abstract
Hadis Nabi SAW merupakan sumber utama hukum Islam selepas al-Quran. Ia perlu difahami dan diamalkan secara sederhana dan seimbang bagi kemaslahatan dan kesejahteraan umat manusia. Namun, pada hari ini ramai dalam kalangan umat Islam di Nusantara yang memahamkan hadis secara liberal dan melampau, serta terkeluar daripada kaedah yang ditetapkan para ulama. Artikel ini meggunakan metodologi analisis konten bagi membincangkan mengenai pemahaman dan aplikasi hadis melalui pendekatan konsep Maqasid al-Sunnah. Pendekatan memahamkan hadis Nabi SAW melalui Maqasid al-Sunnah sepertimana tujuan dan maksud hadis tersebut disampaikan kepada pendengar adalah bagi mendapatkan kefahaman wasatiyyah dan seimbang. Ianya dapat diketahui melalui kaedah dan kajian yang telah dijalankan oleh para ulama dalam bidang hadis, usul fiqh dan bidang lain. Antara kaedah tersebut adalah pendekatan memahami hadis melalui kaedah asbab al-wurud dan kontekstual serta penjelasan atau syarah hadis oleh ulama muktabar. Antara matlamat kaedah ini adalah agar sesuatu hadis boleh difahami dan diaplikasikan secara holistik, seimbang, sesuai keadaan zaman dan tempat, serta mudah diterima seluruh umat Islam. Dengan menggunakan pendekatan Maqasid al-Sunnah ini diharapkan pemahaman yang melampau, keras, liberal dan radikal boleh ditangani dan dikawal dengan baik sehingga membawa kepada kedamaian dan kesejahteraan seluruh umat manusia.
Keywords
maqasid al-sunnah, hadis, wasatiyyah, seimbang
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.