KEDUDUKAN NAFKAH ORANG HILANG (AL-MAFQUD) SEMASA TEMPOH PENANTIAN DALAM ISLAM
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan berkaitan kedudukan hak nafkah bagi keluarga (isteri, anak-anak, dan ibu bapa) apabila suami selaku pencari nafkah hilang dalam tempoh yang lama, atau dikenali sebagai al-mafqud. Persoalan utama ialah bagaimana status nafkah tersebut dan bolehkah harta orang hilang itu digunakan untuk menyara tanggungan sepanjang tempoh kehilangan sehingga statusnya disahkan sama ada ditemui semula atau diberi anggapan mati. Penulisan ini akan merungkai persoalan tentang status nafkah ke atas orang hilang sepanjang tempoh kehilangan dan kedudukan harta tersebut bagi menyara tanggungannya semasa tempoh penantian dalam Islam. Perbincangannya akan melibatkan pandangan ulama berkaitan kewajipan memberikan nafkah ke atas orang hilang atau al-mafqud serta mengkaji pihak yang bertanggungjawab menguruskan nafkah al-mafqud sepanjang tempoh penantiannya. Analisis dalam penulisan ini melibatkan dua keadaan al-mafqud iaitu al-mafqud sebagai orang yang menanggung nafkah dan al-mafqud sebagai orang yang ditanggung hak nafkah. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan menganalisis sumber-sumber primer dan sekunder seperti kitab dan artikel ilmiah untuk memahami pandangan ulama dan pihak yang bertanggungjawab dalam urusan nafkah al-mafqud. Berdasarkan perbincangan kertas kerja ini merumuskan bahawa kedudukan nafkah oleh suami selaku orang hilang al-mafqud adalah wajib dilaksanakan sepanjang tempoh kehilangannya dan kewajipan pemberian nafkah ini hanya kepada isteri dan anak-anak. Hasil penulisan ini diharapkan akan dapat memberikan panduan kepada ahli keluarga yang terlibat dalam isu al-mafqud mengenai hak nafkah dan pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya sepanjang tempoh penantian.
Keywords
hak nafkah; jenis nafkah; nafkah isteri; nafkah anak; orang hilang
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.




