ZAKAT DAN PERANANNYA DALAM MERANCAKKAN INDUSTRI KESIHATAN NEGARA
Abstract
Zakat merupakan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Ianya merupakan amalan yang dapat membantu mereka yang dalam keadaan susah untuk keluar daripada kesukaran hidup. Dalam masa yang sama, ianya juga dapat membangunkan ekonomi Umat Islam secara komprehensif dan tuntas. Salah satu daripada tujahan tersebut ialah industri kesihatan negara. Kajian ini berbentuk kualitatif dan pengkaji mengumpulkan maklumat berkenaan zakat, asnaf dan tafsiran berkaitan dengan asnaf zakat tertentu daripada kitab-kitab fiqh turath dan kotemporari, dan juga mendapatkan bahan rujukan daripada kajian, artikel ilmiah, fatwa semasa serta keratan akhbar yang berkaitan dengan perkara tersebut. Pendapat-pendapat ulama terdahulu dan moden dibuat perbandingan, dan digabung jalinkan serta disepadukan. Ianya untuk meninjau dan melihat sejauh mana pelaksanaan zakat mampu merancakkan industri kesihatan negera sama ada untuk jangka masa yang pendek mahupun panjang bagi mendapatkan kesimpulan yang tepat juga berkenaan dengan peranan zakat dalam membantu memajukan industri kesihatan negara. Kajian menunjukkan bahawa zakat merupakan salah satu daripada medium yang boleh dimanfaat dalam merancakkan industri kesihatan negara demi kemaslahatan asnaf mahupun Umat Islam secara umumnya.
Keywords
zakat; industri; kesihatan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.




