KESAN PINJAMAN TERHADAP KEHIDUPAN INDIVIDU DI MALAYSIA
Abstract
Artikel ini membincangkan kesan pinjaman terhadap kehidupan individu di Malaysia daripada perspektif ekonomi dan sosial serta selari dengan pandangan Islam. Kajian ini bertujuan meneliti kesan baik dan kesan tidak baik amalan pinjaman, khususnya pinjaman peribadi, terhadap kehidupan individu dan penjawat awam. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif melalui analisis kepustakaan dengan merujuk sumber-sumber berautoriti seperti laporan rasmi, akhbar dan bahan ilmiah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pinjaman mampu memberi manfaat seperti penyusunan semula kewangan, pemilikan aset dan peluang perniagaan. Namun, pinjaman yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada kebankrapan, tekanan hidup, kemerosotan prestasi kerja, masalah kesihatan dan keruntuhan institusi keluarga. Oleh itu, pengurusan hutang secara berhemah amat penting demi kesejahteraan individu dan kestabilan ekonomi negara.
Keywords
pinjaman peribadi; hutang isi rumah; kesejahteraan individu
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.




