IMPAK FILEM MENTEGA TERBANG DAN CABARAN DALAM PENDEKATAN DAKWAH: KAJIAN KEFAHAMAN TERHADAP MAHASISWA FAKULTI KEILMUAN ISLAM, UNIVERSITI MELAKA

Mahmood Sabtu, Muhammad Norazam Nordin, Abdul Aziz Abdullah, Mohd Naufal Mohd Sharif, Nur Fatin Adibah Mohamad Farliza

Abstract


Filem mempunyai pengaruh yang kuat dan mampu mencorakkan tingkah laku orang ramai. Keistimewaan ini menyebabkan filem amat berguna dalam menyampaikan mesej dakwah Islam terutamanya dalam kalangan mahasiswa/i Institut Pengajian Tinggi (IPT). Namun di Malaysia kita ketandusan dalam menghasilkan filem Islam kerana tiada kerjasama di antara penggiat filem dan golongan agamawan serta tiada satu piawaian patuh syariah yang perlu diikuti oleh mana-mana penggiat filem dalam menghasilkan filem Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak Filem Mentega Terbang dan cabaran dalam pendekatan dakwah serta ianya satu kajian kefahaman terhadap mahasiswa Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Melaka. Bagi mengenalpasti impak filem yang menggugat akidah umat Islam hari ini adalah, kajian menganalisis filem Mentega Terbang yang boleh ditanggapi sebagai filem yang meruntuhkan akidah. Kajian ini menggunakan metode kuantitatif. Borang soal selidik dibuat dan diedarkan melalui secara atas talian ‘Google Form’ kepada mahasiswa/i Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Melaka. Kemudian, segala data yang diperolehi daripada sampel akan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kekerapan dan peratusan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa sampel dapat mengenalpasti impak dan cabaran yang dihadapi dalam masyarakat masa kini terhadap keruntuhan akidah yang disebabkan oleh filem yang bercanggah dengan syariat Islam. Kesimpulannya, dalam pembuatan filem yang berunsurkan perbandingan agama dan juga akidah umat Islam mestilah terlebih dahulu mendapatkan pandangan daripada pihak yang bertanggungjawab dalam menangani isu agama ini seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semua perkara ini perlu dibatasi agar mampu memberi impak yang baik kepada penonton dan dapat menjadi contoh serta teladan kepada generasi yang akan datang.

Keywords


filem dakwah; akidah umat islam; patuh syariah; mesej dakwah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.