PEMIKIRAN AJARAN WAHDAH AL-WUJUD: SUATU KAJIAN EPISTEMOLOGI ISTILAH MENURUT PERSPEKTIF AHLI SUFI
Abstract
Kajian ini membincangkan epistemologi istilah wahdah al-wujud melalui analisis komparatif terhadap definisi dan kefahaman para tokoh sufi klasik dan Nusantara. Konsep wahdah al-wujud merupakan salah satu terma paling signifikan dalam tradisi metafizik Islam dan sering disalah tafsirkan sebagai suatu fahaman hulul, ittihad atau panteisme. Melalui pendekatan kajian kualitatif berbentuk analisis teks, kajian ini menelusuri asas etimologi perkataan wahdah dan al-wujud seterusnya menghimpunkan pelbagai definisi yang dikemukakan oleh tokoh seperti Ibn Arabi, al-Qunawi, al-Jili, Dhu al-Nun al-Misri, al-Junayd, al-Hallaj, al-Bustami serta beberapa ulama Melayu seperti Muhammad Nafis al-Banjari, Daud al-Fatani dan Abdul Rahman Siddiq al-Banjari. Kajian mendapati bahawa epistemologi istilah ini berpusat pada tiga elemen utama: (i) hakikat wujud sebagai nisbah metafizik antara al-haqq dan alam, (ii) penyaksian (al-shudud) sebagai asas makrifah dan (iii) proses peleraian ego spiritual melalui fana dan baqa. Selain itu, kajian merumuskan bahawa istilah-istilah seperti al-haqiqah, al-ihsan, al-mushahadah dan khawas al-khawas berfungsi sebagai sinonim konseptual kepada wahdah al-wujud dengan nuansa semantik tertentu. Dapatan ini menunjukkan bahawa pemikiran wahdah al-wujud bukanlah suatu doktrin keserupaan atau kesatuan wujud secara literal, tetapi merupakan kerangka epistemologi kerohanian yang menegaskan tauhid secara mendalam melalui jalan penyaksian batin. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih tepat dan seimbang terhadap istilah metafizik sufi, seterusnya memperbetulkan salah tafsir yang berlaku dalam wacana kontemporari.
Keywords
Wahdah al-wujud; epistemologi; tasawuf; shudud; Ibn Arabi; ulama Melayu
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.




