HUBUNGAN DI ANTARA KECEKALAN PELAJAR TAHUN AKHIR DENGAN BERKEMBANG MAJU DARI ASPEK PSIKOLOGI TERHADAP KEBOLEHPASARAN PELAJAR TVET
Abstract
Kebolehpasaran graduan merupakan isu kritikal dalam landskap pendidikan tinggi dan pasaran kerja semasa, khususnya dalam kalangan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Selain faktor kemahiran teknikal, aspek psikologi positif semakin diiktiraf sebagai penentu kejayaan graduan dalam menyesuaikan diri dengan cabaran dunia pekerjaan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara kecekalan pelajar tahun akhir dengan berkembang maju dari aspek psikologi dalam konteks kebolehpasaran graduan. Kecekalan merujuk kepada ketekunan dan usaha berterusan dalam mencapai matlamat jangka panjang, manakala berkembang maju menggambarkan tahap kesejahteraan psikologi yang tinggi merangkumi makna hidup, fungsi kendiri optimum dan pencapaian peribadi.Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan korelasional. Seramai 62 orang pelajar tahun akhir terlibat sebagai responden kajian, selaras dengan penentuan saiz sampel Tabachnick dan Fidell. Instrumen Grit Short Scale digunakan bagi mengukur kecekalan, manakala The Flourishing Scale digunakan untuk mengukur berkembang maju. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) melibatkan ujian normaliti, kebolehpercayaan dan analisis korelasi Pearson.Keputusan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua pemboleh ubah memenuhi andaian normaliti dan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Analisis korelasi mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan antara kecekalan dan berkembang maju (r = 0.515, p < 0.01), menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap kecekalan yang tinggi cenderung untuk mencapai tahap kesejahteraan psikologi yang lebih baik. Dapatan ini mengesahkan peranan kecekalan sebagai faktor psikologi penting dalam menyokong perkembangan kendiri dan kebolehpasaran graduan. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada pengayaan literatur psikologi positif dan pendidikan TVET serta memberi implikasi praktikal kepada institusi pengajian tinggi dalam merangka intervensi pembangunan pelajar yang lebih holistik.
Keywords
kecekalan; TVET; psikologi; pelajar
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.




