Pada tahun 2011 beliau telah memulakan pengajian di KUIM dalam bidang kejururawatan selama tiga tahun. Pada tahun 2014, beliau akhirnya berjaya menamatkan pengajian dalam bidang tersebut di Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan dan kemudian lulus peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) pada 8 Oktober 2014. Beliau ialah alumni yang bernama Fazira Sophia binti Md Ontong.
Menurut beliau, ketika belajar di KUIM terlalu banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi. Antara pengalaman paling seronok ialah pengalaman praktikal di hospital di luar Melaka seperti di Hospital Temerloh (HOSHAS) demi mencari ilmu di alam kejururawatan. Beliau bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain akan dihantar mengikut giliran untuk berpraktikal di luar Melaka selain dari hospital-hospital di dalam negeri Melaka.
|
|
|