Fakulti Kejururawatan Dan Sains Kesihatan (FKSK) mula beroperasi pada tahun 1995. Pada akhir tahun 2005, Fakulti Kejururawatan Dan Sains Kesihatan berpindah ke Kampus Utama, KUIM, Kuala Sungai Baru. Ini bertujuan agar semua fakulti berpusat di Kampus Utama. Pengajaran teori dan praktikal dilaksanakan sepanjang kursus ini. Praktikal di Hospital Terendak, Hospital Jasin, Hospital Alor Gajah Hospital Melaka dan Mahkota Medical Centre. Kursus Diploma Kejururawatan yang dilaksanakan diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). Pengiktirafan daripada Lembaga Jururawat Malaysia juga bererti pengiktirafan ‘International Council Of Nursing’. Para akademik adalah barisan pensyarah dan instruktur klinikal yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang kejururawatan di samping mempunyai bilik ketrampilan yang lengkap dan terkini. Tempat latihan juga adalah luas. Fakulti Kejururawatan Dan Sains Kesihatan mempunyai pengangkutan dan penginapan yang lengkap bertaraf apartment. Pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang sihat dilaksanakan dalam bentuk riadah dan sukan untuk kesejahteraan minda pelajar.