Fakulti Kejururawatan Dan Sains Kesihatan (FKSK)
Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan mula menawarkan program pengajian Diploma Kejururawatan pada tahun 1995 yang beroperasi di bangunan Graha Patriotika, Tanjung Kling, Melaka dan pada akhir tahun 2005 pengurusan universiti memindahkan Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan ke Kampus Utama di Kuala Sungai Baru bagi memastikan semua kursus pengajian berpusat di Kampus Utama. Pada tahun 2018, fakulti mula menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dangan Kepujian. Program pengajian yang ditawarkan adalah mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualification Agency (MQA) dan Badan Profesional Lembaga Jururawat Malaysia.
Universiti Islam Melaka (UNIMEL) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) telah melahirkan lebih dari 2,000 graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan yang berkhidmat di dalam dan luar negara seperti di negara Timur Tengah, Brunei, Singapura, United Kingdom, United States of America dan lain-lain negara.
Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan mempunyai barisan pensyarah dan jururawat klinikal yang berpengalaman dalam bidang pengkhususan kejururawatan masing-masing disamping menyediakan fasiliti pembelajaran yang lengkap dan kondusif bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran bukan hanya dijalankan di secara teori bilik kuliah tetapi juga secara praktikal dimana pelajar akan didedahkan dengan suasana klinikal di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan mahupun swasta di sekitar negeri Melaka dan Negeri Sembilan yang mempunyai kerjasama dengan UNIMEL diantaranya adalah Putra Specialist Hospital Melaka, Mahkota Medical Centre, Melaka, Hospital Melaka, Hospital Jasin, Hospital Alor Gajah, Hospital Port Dickson dan Hospital Rembau, Negeri Sembilan