Surat Rasmi jemputan Istiadat Konvokesyen boleh digunakan oleh graduan untuk mendapatkan pelepasan kerja. Sertakan sekali senarai nama graduan untuk rujukan majikan.
Senarai nama graduan ini adalah mengikut sidang dan no. kedudukan saudara/saudari semasa di dalam dewan Konvokesyen. Graduan yang mempunyai tunggakan yuran pengajian adalah tidak layak untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen Unimel.
Semua Graduan adalah WAJIB untuk memahami makluman penting Istiadat Konvokesyen di dalam keterangan graduan ini.
Graduan yang namanya tersenarai di dalam senarai ini Wajib menghubungi Pejabat Bendahari bagi maklumat lanjut.
Semua graduan tahun 2022 adalah WAJIB mengisi kajian pengesanan graduan ini bermula 25 November 2022 dan mencetak slip kajian ini untuk diserahkan semasa pengambilan jubah. Jika nama tiada di sistem KPT, sila hubungi En. Hizamudeen di 063878417/8420.
Graduan boleh menyemak jumlah yuran konvokesyen yang perlu dibayar disini.
Setiap grauan wajib untuk mengisi borang pengesahan kehadiran dan memuat naik resit bayaran selewatnya 25 November 2022.
Graduan WAJIB untuk memahami tatacara pemakaian pakaian konvokesyen semasa istiadat berlangsung.
Semua graduan yang ingin membeli atau tidak gambar konvokesyen WAJIB untuk mengisi borang gambar ini.