Selamat berkenalan dengan Fakulti Kejururawatan Dan Sains Kesihatan (FKSK), Universiti Islam Melaka (UNIMEL). FKSK adalah antara fakulti terawal di UNIMEL, ditubuhkan pada tahun 1995. Justeru, FKSK telah melahirkan graduan bidang kejururawatan yang keberadaannya meluas di serata dunia yang menjangkau negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, German, Negara-negara di Timur Tengah, Singapura, Brunei dan seluruh negeri di Malaysia. Istimewanya pelajar FKSK, belum tamat pengajian, sudah ditawarkan kerja.
Sudikan untuk melayari laman web FKSK yang menyediakan pelbagai maklumat untuk anda menerokai keunikan dan kegembiraan belajar di universiti yang indah menghijau dan nyaman ini. FKSK menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif di mana staf akademik dan pengurusan terdiri dari yang berpengalaman, berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten. Program di FKSK mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualification Agency (MQA) dan Badan Profesional Lembaga Jururawat Malaysia (LJM). Ternyata FKSK menawarkan anda satu pakej pembelajaran yang mengembirakan dan penuh makna. Di mana? Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan UNIMEL le…..
Prof Datin Dr Sapora Sipon Pemangku Dekan Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) |
Sila hubungi nombor/ emel tertera bagi urusan permohonan pendaftaran kemasukan: Pn. Siti Halizah bt Md. Alus Pn. Norzaliza bt Che Sudin Pn. Norizan bt Haron Pn. Rahmaniah bte Hj Yasin |
|
|
|
2045 GRADUAN |
02 PROGRAM |
25 STAF |
Isnin - Khamis
8:ooam-1:00pm
2:00pm-5:00pm
Jumaat
8:00am-12:15pm
2:45pm-5:00pm
Sabtu & Ahad
Tutup
Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan