Fakulti Undang-Undang Governan Dan Hubungan Antarabangsa
Kolej Universiti Islam Melaka,
Batu 28, Kuala Sungai Baru,78200 Melaka, Malaysia Tel : +606-3878975
Fax : +606-3879279
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
BERILTIZAM MELAKSANAKAN USAHA PENDIDIKAN BERDAKWAH ISLAM BAGI MENYUMBANG KEARAH KESEJAHTERAAN UMMAH DAN PEMBANGUNAN LESTARI DENGAN MEMARTABATKAN ILMU PENYELIDIKAN DAN KESARJANAAN YANG KREATIF, INOVATIF DAN BERSAHSIAH TINGGI.
DIPLOMA SYARIAH (DIPLOMA PERUNDANGAN SYARIAH)
IJAZAH SARJANA MUDA PERUNDANGAN SYARIAH
Penubuhan Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa
Fakulti Undang-Undang, Governan Dan Hubungan Antarabangsa (FUG) telah ditubuhkan secara rasminya pada 01.06.2016 dan menawarkan program diploma syariah (dahulunya dikenali sebagai diploma undang-undang dan syariah). Sebelum wujudnya FUG, program diploma perundangan syariah ini telah ditawarkan kepada umum oleh Fakulti Akademi Pengajian Islam (API) sejak tahun 2004.
Penubuhan FUG adalah bertepatan dengan hasrat UNIMEL untuk menawarkan pelbagai bidang pengajian yang relevan dan bersesuaian dengan keperluan semasa. Adalah menjadi harapan agar fakulti ini akan terus berkembang maju dalam usaha menyediakan program-program akademik yang berkualiti dan relevan dengan keperluan negara di samping memenuhi aspirasi UNIMEL untuk melahirkan pelajar yang kompeten, berkeperibadian unggul, berintegriti dan profesional.