PAUTAN KHAS

1
 

UNIMEL HERO

Maklumat Lanjut

2
 

Bahagian Sumber Manusia, Gaji Dan Ganjaran

Maklumat Lanjut

4
 

Bahagian Pembangunan Bakat Dan Pentadbiran Am

Maklumat Lanjut

 

INFORMASI TERKINI

GALERI LATIHAN

Maklumat Cuti

Cuti Kuarantin

Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.

SENARAI PENYAKIT

  1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
  2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
  3. Campak (Measles)
  4. Chickenpox
  5. Difteria
  6. Malaria

Tempoh yang diluluskan adalah maksimum lima (5) hari.

Syarat anak dikuarantin:

Bawah 18 tahun; dan bawah 21 tahun jika masih belajar.
(Rujuk Pekeliling Bil.1 tahun 2018)

Cuti Sakit

Sijil  akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang Pegawai Perubatan dan juga Panel Doktor yang diluluskan oleh Kolej Universiti Islam Melaka

  1. Sijil Cuti sakit didapati dari Klinik Swata ( panel KUIM ) dan Kerajaan
    • Tidak melebihi 15 hari

  2. Sijil Cuti sakit sebagai pesakit dalam ( iaitu penyakit kronik atau di tahan wad)
    • Tidak melebihi 90 hari pertama
    • 90 hari kedua

Cuti Kecemasan

Ketua-ketua Jabatan adalah diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pegawai itu tidak dapat hadir bekerja.   Pegawai yang tidak hadir kerja disebabkan kecemasan am itu hendaklah mengemukakan satu perakuan sebaik sahaja pegawai itu bertugas semula dan Ketua Jabatan hendaklah berpuas hati dan mengesahkan bahawa kecemasan am telah berlaku yang menyebabkan pegawai itu tidak dapat hadir bertugas.

Cuti Tanpa Rekod

CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT

  • Diberi selama tiga (3) hari termasuk hari rehat mingguan dan hari cuti kelepasan am
  • Ahli keluarga terdekat merupakan suami, isteri, anak-anak (kandung, tiri dan angkat yang sah disisi undang-undang), ibu bapa kandung, ibu bapa mertua, ibu bapa angkat
  • Cuti ini bermula pada tarikh kematian atau hari berikutnya jika kematian berlaku selepas waktu pejabat. Maksud waktu pejabat adalah dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang
  • Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

CUTI  ISTERI  BERSALIN

Diberikan kepada Pegawai lelaki kerana isteri bersalin dan tidak melebihi 5 kali sahaja dalam sepanjang perkhidmatan .

  • Tempoh cuti yang diberikan selama 7 hari dari tarikh isteri bersalin
  • Salinan perakuan bersalin hendaklah diserahkan kepada Ketua Jabatan

CUTI  GANTIAN

Cuti yang diberikan apabila seseorang pegawai itu menghadiri sesuatu kursus, seminar atau sesuatu pertandingan serta mengambil bahagian dalam sukan.

CUTI  HAJI

Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am kepada pegawai yang beragama Islam untuk menunaikan fardu haji di Mekah. Sekiranya seseorang pegawai memerlukan tempoh lebih daripada 40 hari atas sebab-sebab tertentu pegawai bolehlah memohon untuk menggunakan cuti rehatnya. Cuti Haji ini hanya tertakluk kepada Pegawai yang berjawatan TETAP sahaja.

CUTI UMRAH

  • Cuti Umrah adalah cuti tanpa rekod yang diperuntukkan kepada pegawai yang berstatus TETAP sahaja
  • Tempoh cuti umrah adalah tertakluk kepada (7) tujuh hari sahaja tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan kelepasan am
  • Cuti Umrah diberikan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan
  • Permohonan cuti umrah yang dikemukan hendaklah disertakan dengan dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan

Rujuk Pekeliling Bil.2 tahun 2016 & Pekeliling Bil.4 tahun 2018

Stor Stok Peralatan Pejabat

Stor Utama bagi peralatan pejabat (alat tulis) adalah dibawah kendalian pejabat pendaftar. Stor ini menerima , merekod, menyimpan, dan mengedarkan stok kepada semua unit/ fakulti/ bahagian yang terlibat dalam pengurusan pejabat. Stok yang disimpan adalah dalam bentuk barangan alat tulis sahaja. Pejabat Pendaftar juga sentiasa memastikan stok sentiasa ada apabila dikenhendaki dan menepati kehendak pemohon, memastikan kualiti stok sentiasa terjamin dengan memberi perlindungan penjagaan dan penyelenggaraan  yang sewajarnya semasa dalam simpanan.

 

JADUAL PENGURUSAN STOR UTAMA

BIL

HARI

CATATAN

1

ISNIN

PERMOHONAN DARI INDIVIDU / FAKLUTI / UNIT DAN MEMPROSES BORANG PERMOHONAN.

2

SELASA

PENYERAHAN STOK KEPADA PEMOHON MENGIKUT KEPERLUAN DAN STOK SEDIAADA.

3

RABU

PERMOHONAN DARI INDIVIDU / FAKLUTI / UNIT DAN MEMPROSES BORANG PERMOHONAN.

4

KHAMIS

PENYERAHAN STOK KEPADA PEMOHON MENGIKUT KEPERLUAN DAN STOK SEDIAADA.

  •  Sebarang permohonan boleh muat turun borang permohonan di laman utama Pejabat Pendaftar / hubungi 06-3878434 untuk pertanyaan stok sediaada.

Kaunter Informasi

Pejabat Pendaftar telah mewujudkan satu Kaunter Informasi yang terletak di lobi Bangunan Canseleri KUIM. Kaunter ini berfungsi sebagai tempat rujukan tetamu dan staf untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan kemudahan di KUIM. Selain daripada itu pegawai yang bertugas di kaunter ini juga bertangungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan / tetamu yang berurusan dengan KUIM secara tertib dan mesra dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh KUIM. Kaunter ini juga bertindak membantu dalam menerima dan mengedarkan surat ke bahagian/unit/fakulti yang berkaitan.

Moto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

0.png2.png9.png5.png7.png1.png9.png
2025-04-27

Hubungi Kami

 Pejabat Pendaftar 
Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.unimel.edu.my/pejabatpendaftar
email Rasmi : pejabatpendaftar@unimel.edu.my
+606-3878382
+606-3878411