PENGENALAN
Selaras dengan perkembangan UNIMEL yang telah dinaik taraf sebagai sebuah Universiti pada tahun 2022, Bahagian Perjawatan UNIMEL telah dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia UNIMEL yang terdiri daripada empat (3) Bahagian seperti berikut :
Bahagian Sumber Manusia, Gaji dan Ganjaran
Bahagian Dasar dan Dokumentasi
Bahagian Pembangunan Bakat
FUNGSI UMUM |
Memastikan segala data dan maklumat staf UNIMEL seperti butir peribadai, penggajian, rekod kehadiran dan cuti dapat direkodkan dengan baik mengikut dasar dan peraturan oleh UNIMEL
FUNGSI KHUSUS |
PERJAWATAN
Bertanggungjawab menguruskan segala maklumat perkhidmatan staf mulai daripada tarikh pelantikan staf di UNIMELsehingga tamat perkhidmatan staf tersebut di UNIMEL
PENILAIAN PRESTASI
Bertanggungjawab menguruskan segala aspek berhubung penilaian prestasi merangkumi penilaian prestasi tahunan, penilaian prestasi bagi tujuan kenaikan pangkat, penilaian prestasi bagi tujuan pembaharuan kontrak dan yang berkaitan
GAJI
Bertanggungjawab menguruskan segala butir-butir yang berkaitan emolumen seperti pergerakan gaji, bonus ,potongan-potongan wajib, elaun dan imbuhan staf UNIMEL
KEHADIRAN & CUTI STAF
Bertanggungjawab menguruskan dan merekod segala maklumat cuti staf seperti cuti tahunan, cuti sakit, cuti kecemasan, cuti tanpa rekod, cuti umrah, cuti haji, cuti bencana dan lain-lain cuti seperti yang diwartakan oleh pihak UNIMEL
PERMIT MENGAJAR
Bertanggungjawab menguruskan segala urusan permit mengajar staf akademik UNIMEL
TATATERTIB
Bertanggungjawab menguruskan segala hal yang berkaitan tatatertib staf mengikut kepada peraturan – peraturan, tatatertib dan surcaj yang telah diwartakan oleh pihak UNIMEL
DATA & REKOD
Bertanggungjawab menguruskan dan merekod data maklumat staf seperti kelulusan staf, tarikh pelantikan staf, butir peribadi staf, tempoh kontrak staf dan lain-lain maklumat yang berkaitan
Pengenalan Bahagian Gaji dan Ganjaran
Bahagian Gaji dan Ganjaran ditubuhkan bagi memberikan khidmat sokongan dari segi pengiraan gaji dan ganjaran staf kepada Pihak Pengurusan Universiti Melaka (UNIMEL) dan Pejabat Bendahari.
Bahagian Gaji dan Ganjaran di bawah Pejabat Pendaftar UNIMEL dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pendaftar dan Pejabat Bendahari secara keseluruhan. Unit ini diketuai oleh Penolong Pendaftar dan disokong oleh Pembantu Tadbir.
Fungsi Unit
- Menguruskan bayaran emolumen staf tetap dan kontrak.
- Menguruskan bayaran pelbagai tuntutan staf berkaitan gaji.
- Menguruskan potongan KWSP, PERKESO, LHDN, ZAKAT, PTPTN, pinjaman, TABUNG HAJI dan lain-lain.
- Membantu staf dalam urusan bayaran gaji dan potongan gaji.
- Menguruskan slip gaji bulanan staf.
- Menguruskan bayaran ganjaran staf kontrak dan tetap (gratuiti).
- Menguruskan bayaran gaji Pekerja Sambilan Harian (PSH) dan elaun Pembantu Penyelidik (RA)
- Menguruskan penyata pendapatan cukai (EA FORM).
- Menguruskan bayaran pelarasan emolumen staf.
- Menyediakan jurnal pelarasan berkaitan emolumen dan potongan gaji.
Lain-lain
- Menguruskan bayaran elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Melaka (UNIMEL).
- Menguruskan bayaran Tenaga Pengajar Sambilan (TPS).