PENGENALAN
Selaras dengan perkembangan UNIMEL yang telah dinaik taraf sebagai sebuah Universiti pada tahun 2022, Bahagian Perjawatan UNIMEL telah dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia UNIMEL yang terdiri daripada tiga (3) Bahagian seperti berikut :
Bahagian Sumber Manusia, Gaji dan Ganjaran
Bahagian Dasar dan Dokumentasi
Bahagian Pembangunan Bakat
Memastikan segala data dan maklumat staf UNIMEL seperti butir peribadai, penggajian, rekod kehadiran dan cuti dapat direkodkan dengan baik mengikut dasar dan peraturan oleh UNIMEL
PERJAWATAN
Bertanggungjawab menguruskan segala maklumat perkhidmatan staf mulai daripada tarikh pelantikan staf di UNIMEL sehingga tamat perkhidmatan staf tersebut di UNIMEL
PENILAIAN PRESTASI
Bertanggungjawab menguruskan segala aspek berhubung penilaian prestasi merangkumi penilaian prestasi tahunan, penilaian prestasi bagi tujuan kenaikan pangkat, penilaian prestasi bagi tujuan pembaharuan kontrak dan yang berkaitan
GAJI
Bertanggungjawab menguruskan segala butir-butir yang berkaitan emolumen seperti pergerakan gaji, bonus ,potongan-potongan wajib, elaun dan imbuhan staf UNIMEL
KEHADIRAN & CUTI STAF
Bertanggungjawab menguruskan dan merekod segala maklumat cuti staf seperti cuti tahunan, cuti sakit, cuti kecemasan, cuti tanpa rekod, cuti umrah, cuti haji, cuti bencana dan lain-lain cuti seperti yang diwartakan oleh pihak UNIMEL
PERMIT MENGAJAR
Bertanggungjawab menguruskan segala urusan permit mengajar staf akademik UNIMEL
TATATERTIB
Bertanggungjawab menguruskan segala hal yang berkaitan tatatertib staf mengikut kepada peraturan – peraturan, tatatertib dan surcaj yang telah diwartakan oleh pihak UNIMEL
DATA & REKOD
Bertanggungjawab menguruskan dan merekod data maklumat staf seperti kelulusan staf, tarikh pelantikan staf, butir peribadi staf, tempoh kontrak staf dan lain-lain maklumat yang berkaitan