Unit Pembelajaran dan Pengajaran (P&P)

Fungsi  P&P

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bertanggungjawab untuk melahirkan modal insan yang kompeten, berinovasi, berdaya saing serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara. Teras utamanya ialah dengan menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, seperti yang terkandung di dalam teras kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, KUIM perlu menyediakan pelantar yang mantap yang dapat menggabungkan fungsi utama Institut Pengajian Tinggi iaitu; Pengajaran, Penyelidikan dan Perkhidmatan. Pihak KUIM telah menjalankan usaha peningkatkan kompetensi pensyarah menggunakan kaedah dan silibus yang pelbagai.

Objektif Pelaksanaan P&P

  1. Membantu penghasilan graduan berkualiti yang menepati keperluan negara.
  2. Membantu penjaminan kualiti perkhidmatan Pengajian Tinggi Negara selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah bergantung kuat kepada kualiti dan kompetensi sumber manusia di KUIM, terutamanya pensyarah.
  3. Menyediakan pelantar dan saluran Profesional dalam pembelajaran dan pengajaran di KUIM.

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Gateway Study Of Psychology & 

Human Resource management

Hubungi Kami

HAL EHWAL AKADEMIK 
Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.unimel.edu.my/hea
email Rasmi : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3878420 / 8972 / 6196 / 8417
+606-3878368