Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan dengan izin-NYA, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) masih menjadi Institusi Pengajian Tinggi yang pertama di Melaka untuk mahasiswa dan mahasiswi menyambung pengajian dalam bidang Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Saya berharap agar mahasiswa dan mahasiswi UNIMEL dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang berada di UNIMEL. Alumni UNIMEL juga diharap dapat menyeimbangkan ilmu duniawi dan akhirat apabila menjawat jawatan dalam bidang pekerjaan kelak.
Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada mahasiswa/i yang baru mendaftar di UNIMEL. Anda telah membuat pilihan yang bijak. Kejayaan anda berada di universiti ini merupakan amanah dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Syabas dan tahniah saya ucapkan.
Sekian, wassalam.
Timbalan Naib Censelor
Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa
Universiti Islam Melaka