PENGENALAN

Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan (BHEAA), Universiti Melaka (UNIMEL) diwujudkan bertujuan untuk memastikan kualiti dan pembangunan program-program akademik yang terdapat di UNIMEL dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan hal ehwal akademik, termasuk peperiksaan, penyerahan dan penggubalan soalan peperiksaan dan pengiktirafan keputusan, serta kemasukan pelajar ke program-program Asasi, Diploma,  Ijazah Sarjana Muda, dan Ijazah-Ijazah lanjutan.

BHEAA diketuai oleh Pengarah Bahagian Hal Ehwal Akademik dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Akademik. Terdapat 4 unit yang dikendalikan di BHEAA UNIMEL iaitu Unit Pendaftaran dan Pengiktirafan Program, Unit Kemasukan dan Rekod, Unit Peperiksaan, dan  Unit Pengajaran dan Pembelajaran.

Justeru itu, peranan utama Pejabat BHEAA adalah untuk memastikan kualiti pengajaran & pembelajaran dan pembangunan program-program akademik yang memenuhi kehendak pasaran dan industri. BHEAA juga bertanggungjawab memantau keseluruhan hal ehwal akademik termasuklah:

  • Mengekalkan tenaga akademik berpengalaman dan berwibawa yang mencukupi.
  • Menambah baik suasana pembelajaran yang tersusun atur.
  • Menggubal ko-kurikulum yang setanding dengan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi yang tersohor. Ko-kurikulum yang berkualiti diiktiraf oleh Malaysian Qualifying Agency (MQA), dan agensi-agensi berkaitan.
  • Mempertingkatkan imej universiti ini sebagai sebuah institusi yang mengeluarkan para graduan yang berkualiti dari segi akhlak dan akademik yang mampu menjadi pemimpin masyarakat, institusi dan negara.

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Gateway Study Of Psychology & 

Human Resource management

Hubungi Kami

HAL EHWAL AKADEMIK 
Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.unimel.edu.my/hea
email Rasmi : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3878420 / 8972 / 6196 / 8417
+606-3878368