Kata Aluan YBhg. Dekan

                    

 

Kata Aluan YBhg. Dekan

Fakulti Teknologi Maklumat  Dan Media Digital (FTMD)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seluruh keluarga Fakulti Teknologi Maklumat Dan Media Digital (FTMD) mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada para pelajar baharu khususnya dan pelajar semasa FTMD umumnya bagi mengikuti program Diploma Teknologi Maklumat, Universiti Melaka (UNIMEL) yang kini universiti penuh.


Kami berharap para pelajar semua akan menggunakan kesempatan yang disediakan oleh UNIMEL dan di FTMD bagi menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran sepanjang pembelajaran di sini.  Adalah menjadi hasrat UNIMEL untuk menghasilkan para graduan yang mampu memainkan peranan yang positif dalam pembangunan insan serta kerjaya untuk masa kini dan akan datang.


Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyeru semua pelajar agar dapat melibatkan diri secara aktif dalam persatuan pelajar dan aktiviti yang dianjurkan oleh UNIMEL serta pihak luar. Semua penglibatan ini adalah penting untuk membentuk pelajar yang berdaya saing dan memenuhi ciri graduan yang diperlukan oleh industri selain penglibatan aktif dalam  bidang akademik.


Akhir kata, kami berharap para pelajar akan sentiasa merebut setiap peluang yang diberikan sepanjang di FTMD. Kejayaan sentiasa di genggaman anda selagi anda ingin berusaha. Semoga kejayaan adalah milik anda semua. Selamat maju jaya.

 

 

Ts. Ronizam Binti Ismail
Dekan FTMD

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 Fakulti Teknologi Maklumat Dan
    Media Digital
Universiti Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/ftmd
email Rasmi : ftmd@kuim.edu.my
+606-3878344
+606-3878257