Mohd Izwan Bin Jaamat

Nama diberi, Mohd Izwan Bin Jaamat. Beliau merupakan seorang alumni fakulti kejururawatan dan sains kesihatan yang telah bergraduat pada tahun 2009. Beliau telah memulakan pengajian di KUIM pada tahun 2006. Walaupon ramai masyarakat menganggap jururawat lelaki tidak sesuai, tetapi bagi beliau, itu bukan satu halangan untuk beliau menceburi bidang kejururawatan ini.

Mengenai pengalaman kerja, selepas tamat pengajian dan lulus Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia, beliau memulakan tugas sebagai jururawat di salah sebuah hospital swasta selama enam tahun. Beliau kemudiannya memohon untuk perjawatan di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan akhirnya berjaya dalam temuduga tersebut. Beliau kemudiannya meneruskan khidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia selama 7 tahun sehingga kini. Ditanya mengenai pemilihan beliau dalam kursus pengajian selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kursus Diploma Kejururawatan menjadi pilihan, kerana menurut beliau, kejururawatan adalah satu kursus yang menarik serta berdaya saing dan memenuhi permintaan tinggi majikan. Di samping itu, KUIM menjadi pilihan kerana lokasi yang strategik, berhampiran dengan pantai dan jauh dari kesibukan kota. Dari segi kemudahan infrastruktur yang disediakan, ianya lengkap dan mencukupi untuk menampung proses pembelajaran yang selesa. Sepanjang tempoh pengajian, pensyarah-pensyarah dan jururawat klinikal sentiasa bersedia membantu dan membimbing pelajar-pelajar dari segi fizikal dan mental sebagai persediaan awal di mana pendedahan diberikan secara teori dan praktikal mengenai realiti di persekitaran kerja.

Konsep pendidikan serta pendekatan yang menyeimbangkan keperluan dunia dan akhirat yang mampu melahirkan pelajar yang memiliki modal insan yang ideal. Apa yang membezakan jururawat pelatih di KUIM, selain dari ilmu kejururawatan, pelajar juga Hubungan yang terjalin antara pensyarah dan pelajar adalah berdasarkan ketegasan, kepercayaan, keikhlasan dan rasa hormat yang menjadi asas proses pembelajaran. Kursus Diploma Kejururawatan di KUIM  ini  memenuhi permintaan pekerjaan yang tinggi dan berdaya saing sesuai dengan tenaga kerja semasa. KUIM adalah salah satu institusi pengajian tinggi yang menerapkan pembelajaran dan pendidikan secara holistik yang membantu pembentukan keperibadian pelajar yang ideal. KUIM juga berkembang  maju seiring dengan perkembangan dunia semasa dalam mempersiapkan orang yang selalu bersedia menghadapi realiti kehidupan. Bagi saya, kuim adalah pilihan tepat tanpa keraguan dan juga pilihan terbaik.

Anugerah yg pernah diterima: Pingat Jasa Kebaktian Negeri Melaka (PJKNM).










Moto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Waktu Urusan Pejabat

Isnin - Khamis

8:ooam-1:00pm

2:00pm-5:00pm

Jumaat

8:00am-12:15pm

2:45pm-5:00pm 

Sabtu & Ahad

Tutup

Pautan Pantas

Hubungi Kami

 Fakulti Kejururawatan Dan Sains Kesihatan 
Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
www.unimel.edu.my/fksk
: infofksk@unimel.edu.my
+606-3876272
+606-3876291