KEPUASAN PENGUNJUNG DI TAMAN BOTANIKAL AYER KEROH, MELAKA

Nur Afiqah Rasyidah Abdul Gaffar, Amey Rozalina Azeman

Abstract


Taman rekreasi awam merupakan salah satu kemudahan fasiliti yang perlu disediakan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya kepada komuniti bandar. Persekitan Taman
rekreasi yang menarik dan berkualiti akan mempengaruhi kunjungan dan tahap kepuasan
pengunjung. Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan ini adalah mengenai kepuasan
pengunjung di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini
iaitu mengenalpasti hubungan antara kebersihan dengan kepuasan pengunjung,
mengenalpasti hubungan antara penyediaan landskap dengan kepuasan pengunjung dan
mengenalpasti hubungan antara kemudahan rekreasi dengan kepuasan pengunjung di Taman
Botanikal Ayer Keroh, Melaka. Kaedah kajian yang digunakan adalah borang soal selidik
(Google Form) yang diedarkan kepada 74 orang responden dan pemilihan sampel dilakukan
mengunakan formula fomula Tabachnick dan Fidel (2013). Data kajian dianalisis
menggunakan analisis taburan kekerapan, analisis statistik deskriptif, analisis korelasi
pearson, analisis kebolehpercayaan dan analisis regrasi berganda melalui perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS 25.0). Instrumen kajian adalah soal selidik yang
mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A adalah item demografi dan bahagian B , C , D dan
E adalah menjawab persoalan kajian. Hasil kajian didapati bahawa kepuasan pengunjung
adalah disebabkan kebersihan, penyediaan landskap dan kemudahan rekreasi dimana nilai
min yang diperoleh positif.
 


Keywords


Taman Botanikal, Kepuasan Pengunjung, Penyediaan Landskap, Kemudahan Rekreasi.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.