PEMILIHAN HIDANGAN TEMPATAN: SUATU KAJIAN DI KALANGAN PELANCONG NEGERI MELAKA

Fatimah Jinal, Amey Rozalina Azeman, Nur Farhana Mohd Raduan, Zurairah Jais

Abstract


Kajian ini akan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan hidangan makanan tempatan di kalangan pelancong antarabangsa yang datang ke negeri Melaka. Bandar Hilir telah dipilih sebagai lokasi kajian. Berdasarkan kajian-kajian lepas, terdapat 2 pembolehubah yang dikenalpasti mampu mempengaruhi pemilihan hidangan makanan, iaitu faktor motivasi (pengetahuan dan pengalaman) dan faktor psikologi (neofilia dan neofobia). Kedua-dua faktor tersebut akan diterangkan dalam bahagian kedua kajian ini. Dari sudut metodologi, kajian ini berbentuk kuantitatif,  dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Maka, data yang diperoleh adalah dari sumber data primer dan data sekunder. Keseluruhan data yang diperoleh melalui borang soal selidik akan dianalisa melalui perisian Stastistical Package for Science Social versi 24.0.


Keywords


Pelancongan Makanan, Motivasi, Psikologi, Makanan Tempatan, Melaka, Neofilia, Neofobia

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.