FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN PELANGGAN UNTUK MENGINAP DI AMES HOTEL, MELAKA.

Dziela Muhamad Parid, Hartini Adenan, Dina Syamilah Zaid, Siti Mahera Ahmat Amin, Murni Fithriyaani Zuaimi

Abstract


Persaingan dalam perniagaan perhotelan kini semakin kompetitif selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan sektor pelancongan. Penunjuk utama dalam industri ialah kepuasan pelanggan. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengetahui kepuasan setiap pelanggan yang pernah menginap di rangkaian hotel tersebut. Pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini ialah kemudahan, harga bilik, layanan pekerja terhadap kepuasan pelanggan. Populasi dalam kajian ini adalah mereka yang pernah menggunakan kemudahan perkhidmatan di hotel. Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah pelancong domestik yang pernah menggunakan kemudahan perkhidmatan rangkaian hotel. Kajian ini menggunakan data primer dengan mengedarkan borang soal selidik. Kajian ini menggunakan SPSS versi 22 dengan soal selidik yang berjaya diuji sebanyak 100 dengan pemprosesan data ujian data deskriptif, ujian kesahan dan ujian boleh dipercayai.Hasil kajian menunjukkan bahawa kemudahan, harga bilik, layanan pekerja mempunyai pengaruh terhadap kepuasan pelanggan yang menginap di AMES hotel.


Keywords


Kemudahan, Harga bilik, Layanan pekerja, Kepuasan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.