PENGARUH PENYEDIAAN MAKANAN, PEKERJA DAN KEBERSIHAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI RESTORAN MAMAK MASJID TANAH, MELAKA

Hartini Adenan, Dina Syamilah Zaid, Dziela Muhamad Parid, Siti Mahera Ahmat Amin

Abstract


Kepuasan pelanggan terhadap restoran mamak  menjadi fokus utama untuk menarik pelanggan datang ke restoran dan seterusnya datang kembali selepas mendapat perkhidmatan yang memuaskan hati mereka. Pada masa kini, kebanyakan pelanggan yang datang makan di restoran mamak mempunyai pendedahan dan pengetahuan tentang kualiti perkhidmatan yang diberi melalui pelbagai sumber. Berdasarkan beberapa kajian lepas, pelanggan di restoran percaya mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang perkhidmatan yang diberi oleh pekerja seperti kebersihan makanan yang dihidangkan kepada mereka di restoran mamak. Pelanggan juga percaya bahawa restoran yang dikunjungi harus mempunyai layanan yang baik dari pekerja untuk menjadi tarikan kepada  mereka datang kembali ke restoran tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh kepada cara penyediaan makanan yang dilakukan di restoran tersebut, pekerja yang menghormati dan melayan pelanggan dengan baik dan tahap kebersihan terhadap kepuasan pelanggan di restoran mamak di Masjid Tanah, Melaka. Responden kajian terdiri daripada pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan di restoran berkenaan di Masjid Tanah, Melaka. Kajian ini diharap mampu membantu terutamanya pihak industri perkhidmatan makanan untuk melaksanakan dan meneruskan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan untuk menjamin kepuasan hati mereka dan menjalankan operasi restoran dengan lebih baik, teratur dan sistemetik.


Keywords


Restoran Mamak, Penyediaan Makanan, Pekerja , Kebersihan , Kepuasan pelanggan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.