FAKTOR-FAKTOR KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP MAKANAN SEGERA DI KENTUCKY FRIED CHICKEN (KFC) MERLIMAU MELAKA

Fatimah Jinal, Muhammad Iqbal Azman

Abstract


Makanan segera boleh ditakrifkan sebagai makanan yang dapatdisediakan dan dihidangkan dengan pantas dan mula populardi Amerika Syarikat dalam tahun 1950-an.. Di peringkat global, kebanyakan syarikat makanan segera dibuka secara francais dan telah mendapat sambutan yang hangat dari pelanggan yang menginginkan perkhidmatan yang cepat, makanan yang mudah untukdibeli dan boleh dimakan di mana sahaja.Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor kesetiaan pelanggan terhadap makanan segera di KFC Merlimau Melaka. Berdasarkan kajian-kajian lepas, tiga pembolehubah yang akan dikenalpasti mempengaruhi kesetiaan pelanggan iaitu faktor kualiti servis, kualiti makanan dan tanggapan nilai. Ketiga-tiga faktor tersebut akan diterangkan dalam hubungan bahagian kedua kajian ini.dari sudut metodologi , kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Maka data yang akan diperolehi adalah dari sumber data primer dan data sekunder. Keseluruhan data yang diperolehi melalui borang soal selidik akan dianalisis melalui perisian Statistical Package for Science Social versi 25.0.

Keywords


kesetiaan pelanggan,kualiti servis, kualiti makanan, makanan segera

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.