FAKTOR -FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN USAHAWAN BUMIPUTERA DI KUALA ROMPIN, PAHANG

Rohailin Zainon, Mohammad Afdhaluddin Azahar, Nurulhayah Muhamad

Abstract


Aktiviti perniagaan merupakan penyumbang terbesar dalam sektor ekonomi dan ia menjadi topik hangat dan pertama dalam perbicangan pembangunan negara yang lebih memfokuskan kepada usahawan melayu. Hal ini kerana, pelbagai dasar dan strategi telah dibangunkan oleh kerajaan bagi memupuk semangat orang melayu dalam menceburi bidang perniagaan, khususnya penduduk di Kuala Rompin. Dimana, ia amat di pengaruhi oleh faktor kemahiran mengurus untuk usahawan terus berjaya dalam arus perniagaan. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan perniagaan usahawan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik dan diedarkan keatas 74 orang peniaga di sekitar Kuala Rompin. Analisis data menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk menentukan deskritif dan regrasi dalam kajian.Hasil kajian mendapati kemahiran mengurus perniagaan merupakan faktor yang paling penting dalam kejayaan usahawan. Manakala faktor kepimpinan dan persekitaran mempunyai kadar yang sederhana. Kesimpulannya, ketiga-tiga faktor ini amat mempengaruhi kejayaan usahawan dan perlu di perbaiki untuk memberikan impak positif kepada perniagaan usahawan bumiputera.

 

Kata kunci: Faktor kejayaan, kepimpinan, usahawan, kemahiran mengurus, persekitaran.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.