KERJA SEPARUH MASA : FAKTOR, STATUS PELAJAR DAN KESAN KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Rozita Baba, Nur Zafirah Muhammad Nor, Muhammad Amirul Fikri Hamzah

Abstract


ABSTRAK

 

Kertas ini mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terlibat di dalam pekerjaan separuh masa. Melakukan pekerjaan sambilan bukan lagi satu masalah di dalam kehidupan pelajar pada masa kini malah ianya dianggap satu keperluan bagi pelajar IPT yang menghadapi masalah kewangan. Pekerjaan separuh masa konvensional yang memerlukan pelajar menghadirkan diri ke tempat kerja menjadi semakin kurang popular dengan wujudnya pekerjaan sambilan yang boleh dilakukan secara atas talian.   Masalah kewangan didapati menjadi faktor utama penglibatan pelajar di dalam pekerjaan separuh masa.  Selain itu, masa terluang juga memainkan peranan penting.  Kajian terhadap 100 pelajar institusi pengajian tinggi telah dijalankan dengan menggunakan analisis deskriptif.  Kertas ini juga mendapati kerja sambilan tidak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar atau dengan kata lain, pelajar yang terlibat dengan pekerjaan separuh masa, masih mampu mendapat keputusan cemerlang.             

 

Katakunci: Pelajar IPT, kerja separuh masa, pencapaian akademik

 

 

 

 

 

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.