PEMBELAJARAN ORGANISASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN EFIKASI KENDIRI KERJAYA PEKERJA: KAJIAN TINJAUAN DI KRSB
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pembelajaran organisasi dan efikasi kendiri kerjaya pekerja di KRSB. Seramai 80 orang pekerja pengurusan pertengahan dipilih secara rawak mudah. Instrumen kajian menggunakan Dimensions of Learning Organization Questionnaires (DLOQ) yang dibina oleh Watkins & Marsick (1993) untuk mengukur pembelajaran organisasi. Manakala, efikasi kendiri kerjaya diukur menggunakan soal selidik yang dibina oleh Kossek et al., (1998). Analisis data menggunakan statistik deskriptif iaitu skor min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai. Statistik inferensi iaitu analisis korelasi pearson digunakan untuk menentukan hubungan antara kedua-dua pembolehubah. Analisis regresi berganda pula digunakan untuk menentukan dimensi pembelajaran organisasi yang domain mempengaruhi efikasi kendiri kerjaya pekerja. Dapatan kajian diperolehi menggunakan perisian SPSS versi 17 menunjukkan tahap pembelajaran organisasi adalah tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan antara pembelajaran organisasi dengan efikasi kendiri kerjaya pekerja. Sistem tersedia adalah dimensi pembelajaran organisasi yang domain mempengaruhi efikasi kendiri kerjaya pekerja walaupun tidak signifikan dan sumbangannya adalah kecil. Bagi meningkatkan efikasi kendiri kerjaya, pekerja perlu mempunyai kesedaran kendiri dan bersikap terbuka semasa pembelajaran dalam organisasi.
Kata Kunci: Organisasi Pembelajaran, Pembelajaran Organisasi, Efikasi Kendiri Kerjaya
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.