Kemasukan
Terdapat dua pengambilan pada setiap tahun. Semua program yang ditawarkan akan membuat pengambilan pelajar pada bulan Mei dan Disember. Pelajar antarabangsa dikehendaki mengemukakan permohonan tiga bulan sebelum semester bermula.
Langkah 1
Sila lengkapkan borang permohonan dalam talian https://permohonan.kuim.edu.my
Langkah 2
- Setelah semua prosedur dalam talian selesai, sila tekan butang "SUBMIT" untuk menyelesaikan permohonan anda.
- Anda tidak dibenarkan untuk mengemaskini permohonan dalam talian selepas menekan butang "SUBMIT".
- Anda boleh menyemak status permohonan anda dengan pegawai yang ditugaskan sebulan selepas tarikh permohonan anda.
Langkah 3
Emailkan dokumen yang berkaitan kepada aiwanaAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. /Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. : -
- NRIC Malaysia
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE)
- Latar Belakang Pendidikan (* Sijil dan Transkrip Akademik) - Sijil Sarjana Muda dan Sijil Sarjana mengikut program yang dipilih
- Pengalaman Kerja - jika ada
- Sokongan Kewangan - jika ada
- Cadangan Penyelidikan (Research Proposal) - Permohonan untuk mod penyelidikan sahaja
* Sila berikan terjemahan Bahasa Inggeris jika sijil bukan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu