PENGENALAN
Pada tahun 2009, KTIAM telah dinaiktaraf sebagai sebuah kolej universiti yang dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Melaka dan seterusnya merancang untuk menubuhkan sebuah Institut Pengajian Siswazah (IPS) yang mengendalikan program pengajian Ijazah Tinggi Dan Doktor Falsafah. Penubuhan Institut Pengajian Siswazah (IPS) ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk melahirkan graduan 60000 orang pemegang ijazah Doktor Falsafah(PHD) pada tahun 2023 dan menjadikan KUIM sebagai salah satu institusi yang merealisasikan hasrat kerajaan tersebut. Sehubungan dengan itu , KUIM telah mula menawarkan enam belas (16) program iaitu lima (5) program peringkat Doktor Falsafah dan sebelas (11) program peringkat Sarjana.
PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN
Institut Pengajian Siswazah sentiasa berkembang dan maju dari sudut pengambilan pelajar dan penawaran program. Sehingga 2020, pihak IPS menawarkan sebanyak enam belas (16) program iaitu lima (5) program pengajian peringkat Doktor Falsafah dan Sebelas (11) program peringkat Sarjana dengan jumlah pelajar terkini seramai 56 orang.