Kaunseling & Psikologi

PENGENALAN

Kaunseling dan Psikologi merupakan satu unit di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) KUIM yang memberikan perkhidmatan membantu pelajar dalam pertumbuhan dan perkembangan diri melalui pendekatan kaunseling dan psikologi. Unit ini bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang berkesan dalam membangunkan modal insan khasnya kepada pelajar supaya dapat melahirkan graduan yang berkualiti dari aspek fizikal, emosi dan spiritual. 

OBJEKTIF

  • Membentuk, mendidik dan memperkembangkan potensi pelajar dalam aspek kepimpinan, disiplin, tanggungjawab sosial dan nilai-nilai murni.
  • Memastikan kognitif, emosi dan tingkah laku pelajar dalam keadaan optimum supaya dapat menjalani kehidupan yang baik sepanjang pengajian di KUIM.
  • Memastikan graduan menggunakan ilmu pengetahuan secara proaktif, kreatif, inovatif dan berkemahiran dalam meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.
  • Berusaha untuk bertanggungjawab, membangunkan dan mengukuhkan perpaduan, jati diri, keadilan sosial, menghormati kepelbagaian dan kesejahteraan diri, masyarakat serta negara.

PERKHIDMATAN

  • Kaunseling Individu/Kelompok
  • Kaunseling Perkahwinan
  • Perundingan/Konsultasi
  • Alat Ujian Psikologi/Inventori
  • Menganjurkan Program-Program Kepimpinan/Persediaan Kerjaya/Motivasi Akademik/ Keusahawanan/ Pembentukan Personaliti

 

 

WAKTU PERKHIDMATAN :

Isnin-Jumaat

8.30 Pagi - 4.30 Petang

BOLEH HUBUNGI :

06-3878407/06-3878406/06-3878412

atau emel kepada :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Borang Temu Janji Klien  (sila klik link dibawah)

https://goo.gl/forms/7g5Z2Fixfhmd13JJ3

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni 
Universiti Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.

Portal Rasmi : www.unimel.edu.my/hepa/
email Rasmi : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3878412
+606-3878073