- Unit Aktiviti Pelajar & Ko-Kurikulum adalah salah satu unit yang utama di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) KUIM. Secara pentadbiran, ianya bertanggungjawab dengan sepenuhnya dalam menguruskan kesemua perancangan aktiviti tahunan Persatuan & Kelab.
- Peranan penting unit ini adalah untuk memastikan kesemua Persatuan dan Kelab yang berdaftar dalam KUIM menjalankan segala projek/aktiviti mengikut undang-undang dan perlembagaan yang telah ditetapkan.
- Unit ini memantau segala aktiviti Persatuan & Kelab para pelajar dan terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh para pelajar.
- Unit ini senantiasa memikul tanggungjawab dalam menyemak serta memastikan kertas kerja adalah betul mengikut borang dan format yang telah ditetapkan oleh HEPA. Selain itu juga, semua permohonan projek/aktiviti yang dihantar oleh para pelajar daripada setiap Persatuan & Kelab perlu mendapat kelulusan secara rasmi daripada Pengarah Hal Ehwal Pelajar & Alumni.
- Unit ini juga secara langsung bertindak sebagai pegawai yang memberi khidmat nasihat secara pentadbiran kepada semua Persatuan & Kelab pelajar bagi setiap projek/aktiviti mahupun program yang akan dilaksanakan.
SENARAI DAN AKTIVITI KELAB/PERSATUAN/SUKAN :
BADAN BERUNIFORM :
- Pasukan Simpanan Tentera Darat
- Persatuan Taekwondo
- Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia
- Persatuan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia
- Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
- Jabatan Pertahanan Awam
SUKAN & KEBUDAYAAN :
- Kelab Bola Sepak
- Kelab Bola Jaring
- Kelab Sepak Takraw
- Kelab Petanque
- Kelab Bola Tampar
- Kelab Futsal
- Kelab Olahraga
- Kelab Ping Pong
- KUIM Barracuda Rugby Club
- Kelab Kebudayaan
- Cemara Tari
- Warnasari Warisan (Koir & Teater)
KELAB DAN PERSATUAN
- Urusetia Sumber Manusia (KUSMA)
- Sekreteriat Rakan Muda (SRM)
- Sahabat Yadim
- Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
- Sukarelawan (KSK)
- Kelana Siswa
- Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)
- Badan Dakwah Dan Kerohanian (BADAR)
- Gerakan Pengguna Siswa (GPS)
- Kor Sispa
- Orator
PERSATUAN ANAK NEGERI :
- Persatuan Anak Negeri Kelantan Darul Naim (PERDANA)
- Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS)
- Anak Perak (PERSADAR)
- Johor Students’ Association (JOHSA)
- Anak Negeri Kedah (KEDSA)
- Borneo Student Committee Association (BOSCA)
- Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM)