DP ms

Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi

Diploma Pemasaran

Kod Pengiktirafan                        : (R/342/4/0101) 06/24 (A9754)
Tempoh Pengajian                       : 2 tahun (6 semester)
Kemasukan                                  : Mei / Jun / Julai / Disember
Mod Pengajian                             : Sepenuh Masa
Yuran Pendaftaran                       : RM 550.00
Yuran Pengajian                           : RM 14,050.00 *Tidak Termasuk Asrama
Yuran Pengajian (Antarabangsa) : RM 18,840.00 *Tidak Termasuk Asrama
Yuran Asrama                               : Yuran Asrama Bermula Dari RM 120 - RM 350 Bergantung 
                                                        Pada Kategori Bilik



Biasa kita akan dengar mereka akan menyebut anda berjaya untuk ke Diploma Pemasaran. Mungkin sepintas lalu anda akan dapat gambaran awal bahawa ia pengajian tentang perniagaan. Pengajian dalam bidang pemasaran memanglah meliputi ruang lingkup perniagaan, tetapi ia lebih dikhususkan pada pegajian dalam teknik memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dibuat.

Dalam dunia perniagaan, kaedah pemasaran yang sama dan tidak menarik membuatkan sesuatu usaha menjadi sia-sia. Dalam bidang perniagaan teknik pemasaran haruslah mempunyai kepelbagaian, unik serta terkini. Hal ini kerana bukan mudah untuk menarik hati pelangan sekiranya kurang kemahiran psikologi serta teknik lain. Sekiranya diterima mengikuti kursus Diploma dalam bidang pemasaran mungkin tujuan di bawah menjadi matlamat pengajian anda :

  • Belajar untuk pegetahuan profesional  serta kemahiran untuk mengendalikan jualan dan pemasaran yang berkesan dalam pelbagai situasi terkini serta dinamik.
  • Belajar untuk beretika, professional, berperikemanusiaan dalam mengurus jualan dan pemasaran produk dan servis.
  • Belajar untuk lebih berfikiran kreatif, kritis serta mempunyai kebolehan menganalisis dan kemahiran menyelesaikan masalah yang baik.
  • Belajar untuk ilmu pengurusan seperti kewangan, perakaunan, pemasaran, keusahawanan, serta pengurusan sumber manusia yang lebih cekap.

Belajar dalam bidang ini sudah pastinya berkisarkan perniagaan dan pengurusan, lepasan kursus ini mampu ke institusi kerajaan dan banyak juga peluang ke institusi swasta.

Syarat Kemasukan:
  1. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian (kredit) atau;
  2. LULUS Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya grec C (GP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran; atau
  3. LULUS Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum gred Maqbul; atau
  4. LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan, DAN LULUS SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran; atau
  5. LULUS Sijil (Tahap 3, Kerangka Kelayakan Malaysia) atau setaraf; atau
  6. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya.

    Pelajar antarabangsa perlu memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat minimum International English Language Testing System (IELTS) 5.0 atau setaraf.
Peluang Kerjaya:
  1. Eksekutif Pemasaran
  2. Eksekutif pengiklanan
  3. Pembantu perhubungan awam
  4. Usahawan
 
Struktur Program
Semester 1 Semester 3 Semester 5
  1. Pengajian Islam / Pengajian Moral
  2. Bahasa Arab Intensif / Bahasa Arab 1
  3. English Language Proficiency 1
  4. Tilawah Al-Quran 1
  5. Prinsip Pengurusan Inovasi
  6. Prinsip Pengurusan
  7. Matematik Perniagaan
  1. Fiqh Ibadah
  2. Kokurikulum
  3. Prinsip Ekonomi
  4. Perakaunan Kewangan 1
  5. Komunikasi Perniagaan 1
  6. Gelagat Organisasi
  7. Gelagat Pengguna
  1. Prinsip Asas Kejurujualan
  2. Pemasaran Internet Dan Penerbitan Web
  3. Penyelidikan Pemasaran
  4. Isu-isu Inovatif Dalam Pemasaran
  5. Hubungan Dalam Pemasaran Inovatif


Semester 2 Semester 4 Semester 6
  1. Pengajian Malaysia
  2. Bahasa Arab 2
  3. English Language Proficiency 2
  4. Pengenalan Teknologi Maklumat
  5. Tilawah Al-Quran 2
  6. Undang-undang Perniagaan
  7. Prinsip Pemasaran
  1. Aqidah Dan Akhlak
  2. Statistik Perniagaan
  3. Komunikasi Perniagaan 2
  4. Asas Pengurusan Kewangan
  5. Pengiklanan
  6. Pemasaran Perkhidmatan

  1. Latihan Industri
10888087
Hari ini
Bulan ini
Keseluruhan
36
161
10888087
         
  • Last Modified: Rabu 17 Februari 2021.

Hubungi Kami

  Kolej Universiti Islam Melaka 
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 MelakaMalaysia. 
  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3878382
  +606-3878411

Kekal berhubung :