PAKAIAN IBUBAPA / TETAMU
Tetamu yang hadir ke Majlis Konvokesyen diwajibkan mematuhi peraturan berpakaian yang ditetapkan seperti berikut:
Berpakaian kemas, baju kebangsaan atau lounge suit serta bertali leher atau pakaian istiadat.
Berpakaian kemas (baju berlengan panjang dan labuh pada paras buku lali tanpa belah) dan tidak menutup muka atau pakaian istiadat.
Kasut formal bertutup berwarna HITAM yang menutupi bahagian depan dan belakang kaki (selipar, capal dan kasut sukan tidak dibenarkan).
PERINGATAN:
-
Tetamu diminta bekerjasama mematuhi peraturan berpakaian yang telah disebutkan di atas. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut akan menyebabkan graduan dan tetamu dilarang dari memasuki dewan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen.
-
Tetamu digalakkan bersarapan pagi/makan tengahari sebelum acara bermula.
-
Tetamu digalakkan membawa pakaian yang bersesuaian untuk mengelakkan kesejukan di dalam dewan.