INFO

PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KENEGARAAN
UNIVERSITI ISLAM MELAKA

-------------------------------------------------------------------------

Pusat Pengajian Umum dan Kenegaraan atau singkatannya PuPUK merupakan penjenamaan baharu daripada Pusat Asasi dan Pengajian Umum (PAPU) bermula Mac 2024. Pusat ini diwujudkan pada 2018 bagi menyelaras dan melaksana program-program pengajian asasi, kursus mata pelajaran pengajian umum (MPU) serta kursus wajib universiti di bawah satu pentadbiran. Tiga jabatan diwujudkan iaitu Jabatan Asasi, Jabatan Bahasa dan Wajib Universiti serta Jabatan Mata Pelajaran Pengajian Umum.   

Pada tahun 2020, Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Hj. Mohd Taib bin Hj Dora mencadangkan agar peranan PAPU diperkasakan lagi dengan membuat penstrukturan organisasi. Pusat ini dikembangkan lagi pada Jun 2021 dengan penempatan semula pensyarah-pensyarah bahasa dan MPU yang sebelum ini berada di fakulti-fakulti berlainan. Pusat ini juga diberi autoriti menentukan dasar dan pelaksanaan kursus-kursus yang dikendalikannya.

Bermula Mac 2024, pihak universiti memutuskan untuk memindahkan program pengajian asasi ke fakulti yang berkaitan. Seterusnya Jabatan Bahasa telah dinaik taraf dengan menubuhkan Akademi Pengajian Bahasa dan Penterjemahan (APBP). Rentetan keputusan tersebut, PAPU tidak lagi mengendalikan program pengajian asasi, maka ia dijenamakan semula sebagai Pusat Pengajian Umum dan Kenegaraan (PuPUK) yang hanya mengkhusus kepada kursus-kursus MPU, program kenegaraan dan aktiviti komuniti.

Waktu Berurusan

Isnin - Khamis                                   
8.00 pagi - 1.00 petang                           
2.00 petang - 5.00 petang     

Jumaat
8.00 pagi - 12.15 tengahari
2.45 petang - 5.00 petang      

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Muat Turun Borang

  • Borang Kepuasan Pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Pengajian Umum dan Kenegaraan (PuPUK) 
Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Portal Rasmi : www.unimel.edu.my/papu
+606-3878251