APLIKASI NILAI-NILAI BERASASKAN QALBU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)

Amir Mohd Nason, Muhd Imran Abd Razak, Mohd Farhan Abd Rahman

Abstract


Menurut ajaran Islam, pendekatan PdP yang terbaik bukan hanya mampu membentuk kecemerlangan akal dan jasmani manusia, malah mampu untuk mendidik rohani berteraskan nilai dan akhlak. Justeru, kajian ini memfokuskan tentang aplikasi PdP berasaskan qalbu dalam proses pendidikan. Berpandukan metode kualitatif sepenuhnya, analisis teks dilakukan terhadap sirah terpilih empat imam mazhab muktabar bagi mengenal pasti amalan dan saranan yang telah diaplikasikan mereka dalam mendidik para pelajar di zaman tersebut. Hasil kajian mendapati pendekatan PdP berasaskan qalbu yang telah diaplikasikan empat imam mazhab terdiri daripada lima elemen yang utama, iaitu kasih sayang, menyelami kehendak murid, pengamalan sunnah, kesucian jiwa dan keberkatan ilmu. Penemuan tersebut begitu signifikan untuk difahami dan diaplikasikan oleh para guru semasa proses PdP kerana ia mementingkan keseimbangan aspek kerohanian dan juga luaran seseorang manusia.

Keywords


Pengajaran Dan Pembelajaran; Qalbu; Pendidikan; Guru

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.