CABARAN MENJAYAKAN PENYUSUAN CETUSAN BAGI PEMAHRAMAN ANAK ANGKAT DALAM KALANGAN IBU ANGKAT MUSLIM DI LEMBAH KLANG
Abstract
Islam menyarankan agar melaksanakan penyusuan ke atas anak angkat di mana ibu angkat boleh memahramkan anak angkatnya melalui penyusuan susu ibu sebelum anak berusia 2 tahun. Proses mencetuskan susu ibu bagi wanita yang tidak pernah melahirkan dan menyusukan bayi disebut sebagai penyusuan cetusan dan ia bukanlah suatu perkara yang mudah bagi wanita atau isteri yang belum berjaya memperolehi zuriat hasil dari hubungan perkahwinan mereka kerana mereka ini tidak pernah hamil dan tidak pernah melahirkan anak. Mereka menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan semasa menjalani proses penyusuan cetusan kerana proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada mereka sebelum ini. Justeru itu, kertas kerja ini akan menjelaskan cabaran-cabaran dan pengalaman yang dialami oleh ibu angkat sepanjang menjalani proses penyusuan cetusan untuk memahramkan anak angkatnya. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Kaedah temu bual semi struktur dijalankan ke atas enam orang ibu angkat muslim yang berjaya menyusukan anak angkat dan melengkapkan 5 kali penyusuan kenyang bagi mencapai mahram. Dapatan kajian menunjukkan beberapa bentuk cabaran telah dikenalpasti dan dikategorikan dalam 2 bentuk iaitu Cabaran Dalaman dan Cabaran Luaran. Cabaran dalaman diri dikategorikan kepada 6 komponen iaitu (1)Komitment, (2)Emosi, (3)Keraguan diri, (4) Kurang Ilmu, (5)Masalah fizikal dan (6)Kekangan kewangan. Manakala cabaran luaran telah dikategorikan kepada 4 komponen iaitu (1)Kesukaran akses khidmat nasihat yang betul, (2)Masalah tempat kerja, (3) Masalah anak, dan (4) Stigma Masyarakat. Kertas kerja ini diharap dapat memberikan panduan kepada ibu bapa angkat yang ingin menjalani proses penyusuan cetusan bagi tujuan mencapai mahram. Disamping dapat memberikan input kepada para masyarakat serta professional kesihatan dalam memberi sokongan dan motivasi kepada ibu angkat muslim yang ingin memahramkam anak angkat untuk memenuhi anjuran Islam bagi mewujudkan sebuah keluarga angkat susuan.
Keywords
Cabaran Penyusuan Cetusan; Pemahraman Anak Angkat; Ibu Angkat Muslim; Keluarga Angkat Susuan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.