AMALAN DAKWAH ZAKAT DI MELAKA : SATU TINJAUAN

Muhammad Norazam Nordin, Ahmad Faqih Ibrahim

Abstract


Berdasarkan daripada penilaian kutipan tiga tahun yang lepas jelas menunjukkan wujudnya kadar peningkatan kutipan di Zakat Melaka pada setiap tahun. Ini dapat dibuktikan melalui penelitian yang dibuat terhadap statistik kutipan zakat di Melaka dan dijangka angka kutipan tersebut akan terus meningkat pada tahuntahun seterusnya. Oleh yang demikian kertas ini akan menganalisis usaha-usaha dakwah yang telah dijalankan oleh institusi zakat yang berjaya menyumbang kepada pencapaian positif dan membanggakan. Hasil dari pemerhatian mendapati terdapat pelbagai faktor yang berkesan menyedarkan masyarakat kepentingan berzakat antaranya pelbagai medium media, pameran, khutbah, ceramah dan sebagainya. Kertas kajian ini juga memerhatikan sejauh mana tahap kefahaman umum masyarakat terhadap zakat hasil dari kajian yang dijalankan sendiri oleh pengkaji.


Keywords


zakat, dakwah, peningkatan kutipan, kempen media

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2018 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.