REALITI KELUARGA POLIGAMI: KOMUNIKASI NAFKAH MENURUT PERSPEKTIF MAZHAB SYAFI’I
Abstract
Perkahwinan poligami dalam masyarakat Islam di Malaysia sering mendapat perhatian dan boleh menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat. Masyarakat boleh berpandangan positif dan sebaliknya dalam mengamalkan poligami ini sekiranya memahami konsep poligami yang sebenar melalui komunikasi yang baik dalam keluarga. Kajian ini ditumpu khusus kepada cara nafkah dalam keluarga poligami dikomunikasikan dengan berkesan menurut perspektif dalam mazhab Syafi’i. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Temu bual mendalam dilakukan terhadap 10 orang wanita berumur antara 20 hingga 45 tahun yang menjadi isteri pertama, kedua dan ketiga yang dipilih menggunakan kaedah bola salji. Hasil kajian mendapati corak nafkah dalam keluarga poligami terbentuk kepada beberapa corak kedudukan kewangan keluarga iaitu nafkah dibantu oleh suami, nafkah keluarga dari pendapatan isteri sahaja dan nafkah keluarga dari kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri. Walau bagaimanapun, kurangnya komunikasi berkaitan hak dan nafkah tersebut antara suami isteri boleh menjejaskan hubungan perkahwinan ini dan secara tidak langsung memberi kesan yang tidak baik dalam institusi kekeluargaan. Secara kesimpulannya, terdapat suami yang berpoligami namun tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik kerana tidak memberikan nafkah dan tidak berkomunikasi dengan baik dengan ahli keluarga selari dengan tuntutan syarak khususnya dalam mazhab Syafi’i.
Keywords
Nafkah, Komunikasi, Poligami, Mazhab Syafi’i
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2018 Jurnal Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.