PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA
Abstract
Ulum Al-Quran merupakan bidang ilmu yang bertujuan untuk mengamalkan dan memahami isi kandungan al-Quran dengan sempurna. Sungguhpun ilmu ini telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W, namun, perkembangan penulisan mengenai huraian Ulum Al-Quran di Malaysia berlaku pada awal tahun 1990-an meskipun pada abad ke-19 telah wujud karya tafsir al-Quran di Tanah Melayu berjudul Nurul Ihsan. Justeru, kajian ini menerokai metodologi penulisan karya yang telah diguna pakai oleh penulis dalam menghuraikan kepentingan dan kandungan Ulum Al-Quran khususnya di negara Malaysia dengan mengambil dua buah karya penulisan yang masyhur dalam kalangan pelajar bidang Pengajian Islam. Hasil analisis kajian mendapati terdapat persamaan dan perbezaan metodologi di antara dua buah karya berikut merangkumi aspek penyusunan topik yang disusun oleh penulis, gaya bahasa yang digunakan dan sumber rujukannya. Hal ini berlaku kerana penulisan karya tersebut bergantung kepada latar belakang penulis dan sumber-sumber rujukan yang diperoleh. Kemunculan dua buah karya ini merupakan salah satu sumbangan yang besar pada penuntut ilmu yang memerlukan huraian Bahasa Melayu khususnya orang awam dan pelajar sekolah kerana kebanyakkan sumber rujukan adalah daripada penulisan dalam Bahasa Arab.
Keywords
Ulum Al-Quran, Metodologi Penulisan, Karya.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2018 Jurnal Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.