KESEDIAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN APLIKASI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM KAJIAN HUKUM SYARIAH: ANALISIS BERDASARKAN THEORY OF PLANNED BEHAVIOR

Roslina Hashim, Norizan Samri

Abstract


Perkembangan pesat kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) telah memberi impak signifikan terhadap landskap pendidikan tinggi, termasuk dalam bidang pengajian Islam dan kajian hukum Syariah. Walaupun aplikasi AI semakin meluas digunakan sebagai alat sokongan pembelajaran, isu berkaitan kesediaan pelajar, aspek etika, serta kesesuaian penggunaan AI menurut perspektif Syariah masih memerlukan penelitian empirikal. Oleh itu, kajian ini bertujuan menilai tahap kesediaan pelajar pengajian Islam terhadap penggunaan aplikasi kecerdasan buatan dalam kajian hukum Syariah dengan menggunakan kerangka Theory of Planned Behavior (TPB). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan deskriptif melibatkan 80 orang pelajar Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka. Instrumen soal selidik dibangunkan berasaskan tiga konstruk utama TPB, iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasakan, dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan AI berada pada tahap tinggi, dengan sikap positif terhadap manfaat AI, pengaruh sosial yang signifikan, serta tahap keyakinan kendiri yang baik dalam mengawal penggunaan AI secara beretika dan selaras dengan prinsip Syariah. Walau bagaimanapun, kajian ini turut menekankan keperluan kepada bimbingan berterusan, latihan literasi digital dan garis panduan etika bagi memastikan penggunaan AI tidak menjejaskan integriti keilmuan Islam. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan dasar dan amalan penggunaan AI secara beretika dalam pendidikan Islam di institusi pengajian tinggi.

Keywords


kecerdasan buatan; pengajian islam; hukum syariah; theory of planned behavior; kesediaan pelajar

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.