TIKTOK SEBAGAI MEDIUM PENYEBARAN DAKWAH : ANALISIS DARI SUDUT PANDANG POSITIF DAN NEGATIF SERTA KESANNYA KEPADA MASYARAKAT PADA MASA KINI

Mohammad Qayyum Khairuddin, Wan Zulkifli Wan Hassan, Jamsari Alias

Abstract


Kehadiran media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini telah memacu perubahan besar dalam cara manusia berkomunikasi, memperoleh maklumat dan menjalani kehidupan harian. Media sosial kini menjadi alat penting dalam kehidupan seharian, termasuk sebagai medium penyebaran dakwah Islam. Seiring dengan perkembangan teknologi digital, terdapat pendakwah yang mengambil peluang menggunakan aplikasi media sosial seperti TikTok sebagai platform dakwah yang efektif. Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan kebaikan dan keburukan penggunaan aplikasi TikTok sebagai medium penyebaran dakwah Islam. Kajian ini dijalankan melalui kaedah pemerhatian terhadap kandungan dakwah yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan TikTok dalam penyebaran dakwah mempunyai kesan positif seperti menangkis tanggapan negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam. Namun begitu, terdapat juga keburukan seperti potensi untuk memecah-belahkan masyarakat sekiranya mesej dakwah disampaikan tanpa hikmah dan sensitiviti. Justeru, adalah penting bagi para pendakwah untuk menggunakan media sosial secara beretika, berhemah dan berpandukan prinsip dakwah Islam agar tidak menimbulkan kekeliruan atau salah faham dalam kalangan masyarakat.

Keywords


media sosial; tiktok; dakwah digital; kebaikan dan keburukan; etika penyebaran dakwah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.