WUDUK SEBAGAI EKOTERAPI DALAM ISLAM: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF FIQH AL-HADITH
Abstract
Pendekatan ekoterapi dalam kesihatan semakin mendapat perhatian dalam bidang perubatan moden, khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan mental melalui interaksi dengan unsur alam semula jadi. Dalam Islam, konsep ini dapat dikaitkan dengan amalan ibadah tertentu yang melibatkan penggunaan elemen alam, seperti wuduk. Wuduk bukan sahaja berfungsi sebagai penyucian fizikal sebelum solat, tetapi juga memiliki dimensi spiritual dan psikologi yang signifikan. Kajian ini bertujuan untuk menilai wuduk sebagai bentuk ekoterapi dalam Islam dengan menganalisis hadith-hadith berkaitan berdasarkan perspektif fiqh al-hadith. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan dengan meneliti teks-teks hadith dalam kitab-kitab hadith utama serta penafsiran fuqaha’ mengenai kesan wuduk terhadap kesejahteraan spiritual dan emosi. Analisis tematik digunakan untuk mengenal pasti unsur-unsur terapi dalam wuduk, termasuk kesan air sebagai elemen penyucian dan ketenangan, serta bagaimana wuduk berperanan dalam mengurangkan tekanan dan kemarahan berdasarkan petunjuk Nabi SAW. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wuduk memiliki ciri-ciri ekoterapi, terutamanya dalam aspek penggunaan air sebagai instrumen terapi, ketenangan spiritual dan pemulihan kesejahteraan mental. Kajian ini mencadangkan bahawa wuduk bukan sekadar ritual ibadah tetapi juga satu bentuk terapi holistik berasaskan Islam yang boleh diaplikasikan dalam konteks rawatan kesihatan mental masyarakat Muslim. Kajian lanjutan disarankan untuk menilai secara lebih mendalam hubungan antara wuduk dan kesejahteraan psikologi melalui pendekatan empirikal, seperti kajian lapangan atau eksperimen terhadap kesan psikologi wuduk dalam situasi tekanan dan kebimbangan.
Keywords
wudekoterapi; kesihatan mental; fiqh al-hadith; hadith
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.




