PANDANGAN SYARAK BERKAITAN PEMALSUAN SIJIL VAKSIN

Mohd Khazri Osman

Abstract


Malaysia digemparkan dengan peningkatan kes penipuan sijil vaksinasi palsu. Kegiatan tersebut terbongkar susulan serbuan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang menyebabkan seorang doktor klinik swasta berusia 51 tahun ditahan oleh pihak berkuasa pada 8 Januari 2022. Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September 2021 selepas klinik berkenaan mendapat kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar. Dalam tempoh berkenaan, lebih 1900 sijil vaksinasi COVID-19 dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600 dijual secara dalam talian. Majlis Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan, pihaknya tidak membenarkan aktiviti sedemikian kerana boleh memusnahkan integriti profesion perubatan, lebih-lebih lagi jika menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan awam. Kes pemalsuan sijil vaksin masih belum ada yang dikesan berlaku di Negeri Sembilan. Oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan boleh membuat ketetapan bagi menjelaskan hukum berkaitan kepada masyarakat agar jenayah ini dapat dibendung menerusi fatwa.

Keywords


syarak, pemalsuan, sijil, vaksin

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.