PERLAKSANAAN SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR MUSLIM UNIVERSITI AWAM DI JOHOR
Abstract
Antara kayu ukur kuatnya iman seorang Muslim adalah penghayatan terhadap amalan solat. Malangnya isu pengabaian solat dipandang tidak serius oleh masyarakat Islam pada masa kini. Pelbagai alasan diberi terhadap penangguhan solat. Justeru kajian ini dijalankan terhadap pelajar-pelajar di universiti awam di Johor. Kajian ini dijalanan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kekerapan solat di kalangan pelajar; mengenal pasti persepsi pelajar Muslim terhadap pentingnya solat; serta mencadangan strategi yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman dan komitmen pelajar terhadap solat. Kajian ini melibatkan 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar di universiti awam yang berada di Pagoh (Universiti Tun Hussein Onn Malaysai (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)) Kaedah pengumpulan data dilakukan adalah melalui kaedah soal selidik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa fasiliti dan program yang dianjurkan oleh universiti memainkan peranan penting dalam mendorong pelajar menunaikan solat. Kajian juga mendapati penganjuran program-program yang meningkatkan kefahaman dan amalan solat perlu dilakukan pihak universiti. Didikan keluarga penting untuk mendorong pelajar menjaga solat. Namun, cabaran seperti jadual akademik yang padat perlu diatasi untuk memastikan solat dapat dilakukan secara konsisten. Selain itu, persepsi pelajar tentang pelaksanaan solat di universiti awam di Johor berada pada tahap yang baik. Mereka berkeyakinan solat penting untuk ditunaikan tepat pada waktunya walaupun walaupun dalam keadaan sibuk. Walau bagaimanapun, sebilangan pelajar mengakui kerap tertinggal solat akibat kesibukan kuliah. Malangnya ada dikalangan pelajar menganggap solat sebagai beban dan tidak mampu untuk melakukannya. Justeru kerjasama universiti dengan pihak luar, seperti jabatan agama mengadakan program sepeti “Subuh macam Jumaat” boleh dicadangkan untuk memotivasikan pelajar. Penggunaan teknologi dan media sosial juga dianggap penting untuk menyebarkan maklumat berkaitan solat dan memotivasikan pelajar. Kertas kerja ini akan memberikan input dan cadangan kepada peningkatan tahap penghayatan solat khusus bagi universiti awam di Pagoh, dan kepada pusat pengajian tinggi lainnya.
Keywords
pelaksanaan solat; universiti awam; pelajar muslim; Johor
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.