ANALISIS MAKSUD ISTILAH AL-HIND DALAM KITAB MU‘JAM AL-BULDAN OLEH YAQUT AL-HAMAWI: KAJIAN TERHADAP HURUF AL-SIN HINGGA AL-SAD
Abstract
al-Hind merupakan istilah Arab yang merujuk kepada nama tempat yang sering disebut dalam teks Arab. Sebagaimana banyak penulisan kontemporari yang membincangkan tentang keistimewaan al-Hind berdasarkan teks Arab sebagai kehebatan yang dicapai oleh Tamadun India dengan merujuk istilah tersebut semata-mata boleh menimbulkan salah faham. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengemukakan maksud istilah al-Hind dengan memberi fokus kepada bahagian huruf al-Sin hingga al-Sad berdasarkan kitab Mu‘jam al-Buldan oleh Yaqut al-Hamawi. Pengumpulan data dilakukan dengan menjalankan kajian kepustakaan dengan menggunakan sumber induk iaitu kitab Mu‘jam al-Buldan serta sumber-sumber lain yang berkaitan untuk perbahasan secara komprehensif. Kajian bermula dengan mengeluarkan nama-nama lokasi yang diklasifikasikan terletak dalam rantau al-Hind daripada senarai bahagian al-Sin hingga al-Sad dan diikuti dengan mengumpul maklumat latar belakang bagi setiap lokasi. Seterusnya, pendekatan analisis kandungan dipilih bagi mengolah data yang dikumpul. Hasilnya, kajian ini dapat mengenalpasti 10 nama tempat yang termasuk dalam rantau al-Hind; yang mana 7 daripadanya terletak di Asia Selatan, 3 di Semenanjung Tanah Melayu dan 1 di Indo-China. Analisis maksud al-Hind atau penamaan rantau India pada masyarakat Arab dahulu kala didapati meliputi Asia Selatan, Kepulauan Melayu dan Indo-China. Sehubungan dengan itu, kajian berpandangan bahawa adalah tidak wajar menganggap mana-mana karakteristik al-Hind dalam kitab klasik Arab hanya merujuk kepada Subbenua India tanpa penelitian terlebih dahulu. Walhal, maklumat terperinci boleh didapati dalam kitab-kitab klasik Arab yang ternyata sangat berguna untuk mendapat gambaran yang holistik tentang istilah tersebut.
Keywords
al-Hind; Mu‘jam al-Buldan; identifikasi istilah; al-Sin hingga al-Sad
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.