ANALISIS PENGAPLIKASIAN AMALAN QALBU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki

Abstract


Manusia merupakan ciptaan Allah yang diiktiraf sebagai sebaik-baik kejadian. Selain itu, manusia juga merupakan makhluk yang terdiri daripada dua elemen iaitu fizikal dan roh. Elemen fizikal itu sebagai diri haywaniyyah (haiwan), manakala elemen roh sebagai diri natiqah (rasional). Simbiosis antara kedua-dua elemen inilah menjadikan manusia itu lengkap sebagai satu manusia. Kedua-duanya saling bergantungan antara satu sama lain untuk memberi makna kepada kehidupan. Sekiranya salah satunya tiada atau kepentingan salah satunya terabai, maka manusia tidak lagi cukup sebagai seorang manusia. Dengan mengambil kira hal inilah, maka aspek pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah dan universiti perlu dibentuk agar ia dapat memenuhi elemen fizikal dan roh pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang banyak menekankan elemen fizikal dan mengabaikan elemen roh akan melahirkan pelajar yang mengukur sesuatu kejayaan itu dengan berapa banyak jumlah gred A dan tingginya gred purata yang diperoleh. Implikasinya sangat besar iaitu seseorang pelajar dianggap cemerlang apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan walaupun akhlak mereka di tahap rendah. Berasaskan isu inilah, kertas kerja ini bertujuan mencadangkan penerapan amalan qalbu dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini supaya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu bukan sahaja berkesan, malah diberkati Allah SWT. Bagi mencapai objektif ini, kertas kerja ini hanya menggunakan data sekunder yang dikumpul melalui kajian kepustakaan. Kesemua data yang dikumpul ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, kertas kerja ini dapat menerapkan amalan qalbu seperti takhalli, tahalli dan tajalli dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Keywords


Penerapan, Amalan, Qalbu, Pengajaran, Pembelajaran

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2017 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.