AMALAN DAN KEPERCAYAAN KHURAFAT WANITA HAMIL DAN BERSALIN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU BERKAITAN BOMOH

Rahmat Abdullah

Abstract


Bomoh, pawang dan dukun adalah individu yang akan dirujuk oleh masyarakat kampung sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan gangguan dari alam ghaib. Islam menerangkan bahawa segala bentuk perkara ghaib adalah di bawah kekuasaan Allah SWT. Kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan dan kepercayaan khurafat wanita hamil dan bersalin dalam kalangan masyarakat Melayu berkaitan bomoh. Pada masa yang sama, ianya juga akan menilai tahap kefahaman wanita hamil dan bersalin tentang bomoh. Responden adalah terdiri daripada wanita Melayu yang tinggal di sebuah kampung di Melaka Tengah. Analisis data menggunakan kaedah peratusan melalui perisian Microsoft Excel dengan mengajukan soal selidik amalan khurafat berkaitan bomoh sama ada pernah melakukan atau tidak pernah melakukan kepada wanita hamil dan bersalin. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat 7 amalan dan kepercayaan khurafat wanita hamil dan bersalin dalam kalangan masyarakat Melayu berkaitan bomoh. Amalan dan kepercayaan meminum air selusuh yang telah dijampi bomoh dengan tujuan akan memudahkan proses bersalin menunjukkan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 100% manakala amalan dan kepercayaan wanita hamil tentang “baby shower” menunjukkan peratusan yang terendah iaitu sebanyak 6.7%. Kefahaman ibu hamil dan bersalin berkaitan amalan dan kepercayaan khurafat berkaitan bomoh berada pada tahap sederhana.

Keywords


Amalan khurafat; Wanita Hamil; Wanita Bersalin; Masyarakat Melayu; Bomoh

Full Text:

PDF

References


Anggorodi, R. (2009). Dukun bayi dalam persalinan oleh masyarakat Indonesia. Makara Kesehatan, 13(1), 9-14.

Aishah@ Eshah Haji Mohamed, Abd. Aziz Bidin. (2011). Wanita Melayu dan tumbuhan ubatan: Satu analisis budaya. Jurnal Melayu, 7, 121-146.

Estiningtyas, I. H. (2019). Makna Filosofis Dalam Upacara Daur Hidup Mitoni Di Kabupaten Kebumen. Retrieved 5 Mei 2023, from https://osf.io/preprints/inarxiv/ndzt8/

Hayati, S. M. (2020). Penggunaan tamimah dan halqah perspektif Tafsir al-Azhar dalam paradigma tradisi masyarakat kecamatan Kampa (Studi analisis living Qur’an) (Doctoral dissertation, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, 2020).

Hussamuddin Yaacub. (2016). Al-Quran Tafsir Bil Hadis Multazam. Shah Alam : Karya Bestari Sdn. Bhd.

Hussain, E. M., Ahmad, Z., Ali, T. I. M. T. M., Nasir, N. Y. M., & Hasyim, N. (2019). Old advices/tips and healthcare practice as a Malay local knowledge based on manuscript MSS3140 Kitab Tibb. Proceeding of The International Conference on Literature, 1 (1), 86-95.

Johari, M. A. H., & Khairuddin, A. H. (2018). Personalistik, etiologi penyakit, dan sistem perlindungan diri: Menyingkap perspektif tradisi masyarakat melayu Kedah. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (2), 55-67.

Jalil, S. S. B. Gundik dalam masyarakat Melayu tradisional: Naratif daripada karya historiografi Melayu terpilih. Paper presented at International Conference On Malay, Arabic and English Literature (ICMAEL 2022). Kuala Terengganu, Terengganu : UNISZA

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala lumpur.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational And Psychological Measurement, 30 (3), 607-610.

Paul, D., Hamzah, N. S., & Hamid, T. N. A. T. A. (2019). The interpretation of bathing rituals among Malaysian society. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 3 (2), 257-269.

Renisa Nursaliati, C. (2022). Perbandingan ritus anak pada masyarakat Osaka di Jepang dan masyarakat Melayu Pontianak di Indonesia (Doctoral dissertation, Unsada, 2022).

Sundara, D., Rahmawati, N., & Syafitri, R. (2020). Mitos dalam merawat bayi di Desa Kelong. UMRAH-Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, 1(2), 577-585.

Yuspita, E., Priyadi, A. T., & Sanulita, H. (2016). Analisis Struktur, Fungsi, dan Makna Mantra Selusuh Masyarakat Melayu Kecamatan Kendawangan Kabupaten Ketapang. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Khatulistiwa, 5 (2), 1-18.

Zainal, H. (2021). Tinjauan Islam terhadap pelaksanaan tradisi mandi tujuh bulanan suku Melayu di Kelurahan Tungkal Harapan Kecamatan Tungkal Ilir. Al-Tadabbur: Jurnal Penelitian Sosial Keagamaan, 11 (2), 1-15 .


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.