HUBUNGAN ANTARA TEKANAN HIDUP DENGAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN BELIA DI POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan tekanan hidup dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan belia IPT di Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Sabah. Seramai 200 orang responden yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan adalah Perceived Stress Scale 10 Item (PSS-10) iaitu soal selidik yang mengukur tekanan hidup dan Psychological Well-Being (PWB) iaitu untuk mengukur kesejahteraan psikologi responden kajian. Data yang diperolehi dianalisis dalam bentuk statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Keputusan kajian yang diperolehi berdasarkan analisis kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan hidup dan kesejahteraan psikologi. Selain itu, keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara tekanan hidup berdasarkan jantina responden. Namun, keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan kesejahteraan psikologi berdasarkan jantina. Pengkaji berharap kajian ini dapat membantu belia khususnya pelajar dalam menangani masalah tekanan hidup.
Keywords
Tekanan Hidup; Kesejahteraan Psikologi
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.